Nota Buat Pengajaran
1. Anak anak jangan di ajaq masuk campuq bab orang tua. Nie lah kes yang terjadi dengan Suami nie. Anak anak bermaharajalela. Semua ambik tau. No privacy dah between mak dan bapa. Semua depa nak ambik tau, especially yang daughter dia tu. Saya masa kecik dulu, Mak Abah pantang kalau kami nak dengaq cerita orang tua. Gossip orang tua semua tak tau. And kalau kami nie marah dengan Mak Cik ka sapa sapa ka orang tua, memang kami lah kena marah walaupun sah sah Mak Cik tu salah. Kami kena minta maaf. Sampai macam tu hormat orang tua. Bila dah besaq baru lah Mak Abah bagi berbincag sama dengan depa
2. Mobile phone untuk barang peribadi kita macam seluaq dalam lah kan. Jangan biaq kan anak anak dok main and tengok messages bagai. Itu barang peribadi kita, macam mana kita tak mau orang dok check out seluaq dalam kita kan?
3. Lama macam mana pun kita kenai seseorang tu, tak semestinya kita tau segala benda pasai dia. Suami saya nie dah kenai berbelaih taun and berpuluh taun dia kahwin kan. So apa apa pun sebarang kemungkinan boleh terjadi.
4. Cerita lama kita, aib kita jangan cerita kat orang, walaupun niat kita baik.
5. Bila jadi sesuatu kejadian tu, dah habih sedih or happy, teruih buat tindakan. Chewah! Macam kes saya tu kan. Jangan dok nak delay kan lagi apa kena buat
6. Jangan buang lagi barang barang bila dah cerai or gaduh! Hahaha. Ada barang barang tu yang boleh sedekah. Saya buang semua barang ke tong sampah dan rasa puas hati! J Siap dengan rabbit bagai
7. Berbaik lah dengan orang and insya Allah orang akan baik dengan kita. Support system kita mesti baguih juga. Jangan dok simpan sorang sorang masalah nanti boleh GILA! LOL
8. Allah ada. Kena kuat bab tu. Apa apa Allah ada. Allah yang izinkan saya kahwin and Allah juga izinkan saya di cerai kan. Kita boleh simpan suami kita tapi suami kita bukan milik kita. Kita semua milik Allah. Semua hanya sementara saja di dunia ini.
9. Duit simpanan mesti ada. Kita tak tau masa bila kita perlu kan duit semasa emergency
Comments
Post a Comment