Surat Untuk Adik

Assalamualaikum Adik,

Aunty SL harap Adik dalam keadaan sihat. Tujuan Aunty SL tulis surat ini ada sebabnya.

Firstly, Aunty SL nak minta maaf sekiranya apa yang Aunty SL dah lakukan or perbuatan Aunty SL telah menyebabkan Adik sedih dan tidak dapat concentrate kepada pelajaran dan juga telah merubah pendirian Adik terhadap Bapa atau family Adik. Apa yang Aunty SL dah lakukan mungkin tidak di dapat diterima oleh Adik tetapi ini lah balasannya di mana Aunty SL sudah di ceraikan oleh Bapa. Aunty SL harap Adik dapat maafkan Aunty SL.

Selama Aunty SL berkawan dengan Bapa, Bapa banyak bercerita pasal Adik. Adik seorang yang penyayang, suka kan binatang. Adik juga sayang Pak Cik dan Arwah Mak Cik yang jaga Adik. Aunty SL dapat tahu juga Adik yang selalu pesan kat Bapa supaya melawat Pak Cik.

Adik seorang yang pandai dalam bab investigation and mencari bahan di internet. Bila ada folio nak kena buat Adik pandai buat semua tu.

Adik seorang yang baik dan suka menolong kawan kawan juga. Kalau Bapa ambik Adik di sekolah ramai kawan kawan Adik ada bersama Adik. Adik pandai bergaul dengan kawan tak kira bangsa dan agama juga.

Adik, Aunty SL harap Adik dapat maafkan Bapa. Bapa seorang yang penyanyang seperti Adik. Dia amat penting kan anak anaknya. Apa pun yang terjadi, benda semua nie sudah lepas Adik. Dengan memaafkan Bapa, Adik insya Allah dapat teruskan hidup Adik dengan tenang. Bukan untuk Bapa juga tapi untuk Adik supaya Adik boleh menjadi anak soleh yang baik dan mendengar kata. 

Semasa Aunty SL isteri Bapa, Bapa minta satu dari Aunty SL, jangan susah kan hati dia. Dan Alhamdulillah Aunty SL dapat buat itu. Aunty SL berharap Adik dapat buat yang sama. Dia pasti risau kalau jadi apa apa kat Adik dan family dia.

Mari lah kita move forward untuk kebahagian semua. Aunty SL terima apa yang jadi kepada Aunty SL dan yang penting kita semua kena redha apa dah jadi. Allah SWT izinkan Aunty SL berkahwin dengan Bapa dan Allah SWT juga izinkan Aunty SL diceraikan.

Aunty SL berdoa untuk Adik, di berkati Allah, menjadi anak yang soleh untuk Bapa dan Mama. Mama pun perlukan sokongan Adik ya. Insha Allah.  Take care ya Adik! Adik cuba lah bercakap dengan Bapa. Berbincang dengan dia. Dia seorang yang mendengar dan lelaki yang baik yang pernah Aunty SL kenal.

Lastly, terima kasih kerana senyum kat Aunty SL masa di Mahkamah hari tu. Adik anggukan kepala tanda Adik acknowledge Aunty SL. A small gesture, tapi Aunty SL akan ingat sampai bila bila. Thanks.

Aunty SL

Comments

  1. Replies
    1. Sedih ka .. thought that was a good story tauuu ... I made Adik berubah kan ... bangga saya tau 😍

      Delete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Alhamdulillah

This Is The Time!