Adik Beradik

Adik saya nak bertunang Ahad nie. So Mak ajak lah adik beradik dia and sorang pun tak boleh nak ikut. Kakak jadi sedih sebab Mak selalu tak berkira kalau bab nak tolong adik beradik dia. Bagi saya jangan dok harap sangat lah pertolongan orang. Kami sesama kami dah ada cukup. Abah akan bercakap and ada Abang Ipaq. Sudah. Kalau ramai orang pun semak.

Bab untuk reception pulak saya kata tak payah lah nak buat. Kita tangkap gambaq adik dan bakal isteri and hantaq kat family kata - we are married. Habih cerita. Adik bukan dapat kerja lagi. So bila dah ada rezeki lebih nanti buat lah reception bagai. Semua orang setuju.

Saya punya Adik kan perangai pelik (Macam lah hat lain kami nie tak pelik kan! LOL) 

Cake dah saya tolong beli. Cantik seperti gambaq di bawah.

 

Adik kata nak boh anak patung nie kat tengah cake

 

Saya kata hari tunang dia. Ikut suka lah nak buat macam mana.

And then Adik kata nak pakai baju macam bawah nie. Hat belah kiri. Kakak kata wife dia pakai hat baju belah kanan. Tangkap gambaq macam nie and hantaq cards tu lah kata dah kahwin. Senang.

 

Nak buang duit berapa setakat nak bernikah nie kan. Saya pun next time kalau nak kahwin nak buat macam nie. Bukan lah pakai baju merepek macam nie. Buat apa yang penting sudah. And then announce kata dah kahwin. 

Mak pun setuju. Yang tu yang penting juga - persetujuan dari Mak 😍

Comments

Popular posts from this blog

Alhamdulillah

This Is The Time!