Janji Tinggal Janji
Dah cuti cuti nie kan, patut nya boleh lah menulih every day kan. Tak juga! Busy juga! Adik kahwin baru nie and before that dok jumpa friends yang lama tak jumpa and lepak. Banyaks sessions sungguh. Mak Abah mai on Tuesday 11th July tu. And then dok layan and prosah pasai kahwin adik on July 15th. Dah habih semua tu, bawa adik beradik jalan jalan di kota raya. Nampak dak busy nyaaaa tu ! :)
Raya hari tu saya balik awai - On Jun 22nd Rabu malam. Sampai kat Aloq Staq. Lepak dengan PP dia bawa jalan Aloq Staq. Next day saya and Kakak ke Sadao, beli udang yang harga dalam MYR44 sekilo. Beli untuk adik beradik juga sedekah. Raya macam biasa saja. Dan lah pi main bowling bagai. 4th day raya, saya Mak dan Kakak pi Hatyai. Beli barang merepek saya as usual dan juga bag Cath Kidston. Tergedik nak kena beli juga lah bag tu kan! Biasa lah saya.
Kami dapat berita Chaq saya meninggai on 5th day raya, hari Jumaat pagi. Saya nie bangkit pi bilik Kakak and teriak. Chaq banyak ajaq saya since kecik jadi independent. Tapi saya syukur sebab saya dan pi jumpa dia beli barang barang keperluan dia and beli baju baru and baju raya dia. Beli KFC burger favourite dia.
Lama saya cuti Raya. Balik kerja on Monday Jully 3rd. Sibuk dengan dok hand over sebab last day saya on Thursday July 6th. Sibuk dok tulih notes to all of my staff and colleagues - personalized message. Tulih about their strength bagai. Nasib PA Boss saya baik tolong saya juga :) Saya memang dah siap pesan kat staff apa saya nak for farewell and apa saya nak makan juga. Saya minta Al Quran dan juga Pandora charms and juga notes from each of them - what they like about SL.
Masa lunch on July 6th tu depa buat lah makan makan. Saya bagi speech siap saya prepared bagai. Sambei baca sambei teriak! Tak habih habih teriak kannn !!! And then ada yang sorang sorang or team mai bagi saya present. Tu yang banyak tu dapat tu :)
Kemaih meja pun depa tolong kan .... sampaii hantaq kat kereta.
Kasut raya saya :)
Sponge basuh pinggan Hello Kitty LOL
(Kena beli siap siap untuk masa depan)
Ok bye for now. Saya dah nak kena siap keluaq for lunch! Have a good Wednesday all!
Love,
SL
Comments
Post a Comment