Kawan Baik
Saya ke HCM dengan kawan saya W. Dah kenai dia lama since Form 1. Kira kami baik and saya memang amat rapat dengan anak-anak dia especially Dan.yang saya selalu bawa jalan pi SG, HK and last year kami pi Club Med Cherating.
Kami planned nak pi HCM somewhere in Oct macam tu, nak celebrate birthday. Mine is on Nov 11 and hers is on Nov 16. So kami decided to go on Oct 10 and balik on Oct 13.
Before nak pi ada kejadian yang tak di ingini pulak berlaku. Kes W. nie lah. Ada satu hari tu dia ajak saya tidoq rumah dia. Since husband dia dok pi travel ke Johore. Saya pun tak kisah. And dia ajak dinner kat luaq. So kami punya planned segala and saya pun macam seronok at last decided to try Shell Out kat Main Place. Sebab both of us memang tak pernah try lagi.
Bila dah jumpa and makan segala, time nak bayaq. Bill masa tu dalam MYR200. For 2 adults and 2 kids. W. tiba tiba kata - W. tak dak duit! Muka saya amat berubah and saya amat marah. Sebabnya dia yang ajak in the first place and cara ajak and cara dok nak pi makan tu macam dia ada duit. Saya memang ada suggested kat dia nak pi KLCC mula nya ... and what? Dia tak habaq kat saya dia tak ada duit masa time dok plan tu?
Esok nya dia masak - which memang W. pandai masak and sedap dia boleh kata pulak - Hah berbaloi lah makan and cover for last night dinner! Ya Allah! Kira nya dia nie apa ajak saya ke rumah dia tak ikhlaih ka????
Anyway few weeks after that, W. ada hati ajak saya lagi nie. For dinner. And saya dah geram bab Shell Out nie saya tanya dia - W. nak belanja ka? And dia balaih. Lah kena belanja ka? W. tak dak duit!
Again! Dia memang ada niat nak ajak sebab tak dak duit and expect saya yang bayaq! Hah saya pun mula lah, dah sebab nak ke HCM teruih buat rules. Makan masing masing bayaq.
Dia sebenaqnya tak cukup duit pun. Duit hotel and flight dia bayaq half saja dulu.
Masa kat HCM, saya juga terasa dengan perangai W. nie. Gambaq boh kat FB tak pernah nya tag saya. Tapi dok kata jalan with BFF bagai. And yang saya geram sebab macam berlagak sedang kan tak dak duit. And then duit foot massage pun saya bayaq dulu. Saya punya lah tak ada niat pun nak belanja dia .... duit kopi yang setakat 3 ringgit pun kami bayaq asing asing. Cuma ada satu malam saya belanja dia dinner.
Dan ada satu lagi kes juga. Saya nie gila buat insta story. And masa dah balik and masa dia kat machine passport custom tu kan, saya nak buat story dia. Dia marah saya, SL- STOP IT.
Saya post juga story tu and tulih caption yang dia nie suka marah and then I left her there. Dia memang perak pun, tak reti guna machine tu. Bukan tu saja. Dok perak kat airport juga and online check in pun tak reti. Yang saya amat geram, sebab perangai BERLAGAK dia tu.
Since then saya malaih nak cakap banyak. Saya wished dia happy birthday and itu saja. Lepaih nie saya nak hantaq details bills and suruh dia bayaq balance. Saya tak rasa saya boleh baik dengan dia sama macam saya baik dengan dia dulu.
Kawan saya tanya, awat tak kan tak tau dia macam tu. Saya dah tau but saya selalu nya tak ambik hai sangat. Dia suka cerita buruk pasai orang pun saya pekak kan saja. And now, dah pi jalan dengan dia tu dah tau perangai buruk dia yang so obvious ... I just cant!
OK. Itu saja cerita nya.
PS - Ada orang tu kan, dok tengok story and IG saya tu tauuu .... Saya boleh tauuuu ! :P Awat dok check lagi? Hidup awak boring kah? Or kawan tak ada kah di KL nie? LOL
Comments
Post a Comment