NoParagprahButWithPunctuation

Esok insha Allah lepaih mengundi saya akan ke Jakarta jumpa Suami di sana. Balik sini hari Ahad. So many things yang terjadi. Ada duka ada suka. Saya malaih nak cerita yang duka tu sebab saya nie cuba nak fikir positive and maju ke depan. Alam rumah tangga yang seriously saya memang sungguh di uji Allah. Kesabaran saya. Saya selama ini, bak kata Kakak dan juga Suami semua nya smooth aja perjalanan dan tidak ada menghadapi banyak masalah. Apa yang saya mahu sentiasa Allah kasi. Alhamdulillah. Maka ini mungkin time nya untuk saya lebih banyak belajaq bersabaq dan pasti nya ini semua untuk mencuci dosa lama saya yang banyak sangat tu. Mak masih tak cakap dengan saya. Saya hanya informed Mak yang saya akan ke Jakarta jumpa Suami. Di office pulak, Alhamdulillah semua berjalan lancar. Mr O banyak sangat tolong saya. Di kala saya busy di rumah dan letih tidak cukup tidur, saya masih boleh ada masa tidur di office. Hahaha tiba tiba rasa lawak pulak nie kan. Tapi ya, banyak kali sangat saya tidur di library. Satu hari nanti saya akan cuba tidur di sleeping pod. Takut nya tak bangun sampai petang! LOL Boss pun sudah kurang ajak jumpa. Saya hanya up date yang mana perlu di email. Allah masih sayang saya. Di rumah ada masalah, tapi di office semua nya smooth saja. Alhamdulillah lagi. Baru baru nie juga saya di beritahu Kakak dan di akui Suami juga, saya nie di kira selfish. Selalu nya fikir kan saya saja. Jarang nak fikir kan orang lain dan masalah orang lain. Ini bukan kali pertama tau. Shaz kawan saya pun pernah kata yang sama. Kakak kata saya nie kalau tanya soalan memang nampak jenih yang tak ambik peduli pasal sesuatu benda and sebab tu saya bertanya. Kawan rapat saya pulak banyak kata Kakak. Saya nie tak deep. Kalau di lihat tetamu (kawan rapat saya) yang hadir masa reception saya dulu, berjenis jenis kawan saya ada. From yang pakai tudung labuh sampai lah ke yang pakai skirt 2 inchi saya lagi boleh nampak poen. Gay pun ada.Yang single. Married. Janda. Indian. Chinese. Malay. Couple. Yang ada tattoo segala. Bermacam macam sebab nya saya nie bukan deep kata Kakak. Dan saya dari dulu saya akui saya nie orang yang memang amat susah nak fikir panjang. Kalau nak tanya pasal kerja, macam mana saya fikir di office. Entah lah mungkin dengan pantas kot. Bukan yang jenih nak tenung and fikir kan masalah. Entah lah mungkin betul apa yang di sangka mereka ... especially from orang yang saya sayang. Saya nie selfish. Macam mana? Saya masih belum berbincang dengan teliti dengan Suami solution ini. Apa yang saya perlu buat. Ini pun cara saya tulih panjang tanpa paragraph. Sebabnya malas. Hati saya melonjak nak jumpa Suami ... Ok lah saya nak tidur. Suami masih belum call. Ada urusan penting nak selesai kannya kata dia. Bye for now. Selamat mengundi semua!Love, SL 

Comments

Popular posts from this blog

Alhamdulillah

This Is The Time!