I Can Give You All The Loving You Need




Hari ini ku berani kan diri meletakkan gambar kuku warna biru and lavender di IG story, walaupun ku tahu Ibu tersayang akan pasti tengok semua 'stories' ku .... Dan betul tekaan ku, aku menerima ceramah agama yang panjang berjela di whatsapp dari Ibu ku. Tapi ku jawap dengan penuh ketenangan dan secara lucu ... Ibu terus diam di situ.

Hari ini juga ini hari yang agak memenatkan buat diri ku juga. Abdul telah menghubungi ku di talian dan mahu berjumpa untuk makan tengahari bersama. Aku ketika itu baru saja beisteri rehat di rumah setelah selasai melaksanakan senaman harianku. Sedang kan ku tidak ada apa apa rancangan, aku terus bersetuju. Kami makan di Sari Ratu di belanja Abdul.. 

Temujanji aku bersama Emah pulak jam 3 petang. Memandangkan Abdul ada bersama aku, aku jemput Abdul untuk menemani aku melihat rumah sewa baruku. Abdul suka rumah sewa baru itu dan begitu juga dengan diri ku. Insha Allah jika tidak ada apa aral melintang, rumah itu akan menjadi rumah baru ku ... Sementara menunggu rumahku siap. Kakak sudah pernah nasihat agar aku tinggal kan saja rumah ini kerana kisah ku dengan Pak Indon .... Doa kan buat ku ya kawan kawan ...

Kami kemudian bergerak ke The Curve untuk tujuan mencantikkan kuku kami. Setelah selesai Abdul mahu juga membeli cadar baru dan terus ke ke Ikea. Segera membeli barang, kami ke kedai kuku semula kerana aku gagal mengawal warna kuku ku ... Kuku ku telah tercalar dan perlu di perbaiki. Kuku di perbaiki secara percuma, Alhamdulillah

Di saat kami mahu pulang, hujan lebat turun. Kami tinjau di luar bangunan The Curve, ternyata traffic amat teruk. Maka kami berehat seketika sambil makan malam di Dolly Dim Sum. Alhamdulillah kenyang dan kami pun pulang ke rumah.

Badan ku agak letih. Aku telah cuba melihat cerita Korea yang bertajuk Crash Landing On You. Masih di episod pertama, ini lah gara gara Conah yang telah bercerita kan cerita itu ketika kami dalam perjalanan ke Ipoh tempoh hari.

Aku harus rehat. Esok aku perlu uruskan urusan perbankan di Tabung Haji dan juga Maybank dan Standard Chartered. Sekiranya ada masa lebih, aku akan mewarnakan balik rambut ku semula. Nasihat Ibu menyuruh aku mewarnakan seluruh badan, aku tidak akan akur. Itu pasti nya cerita gila sekiranya aku menurut perintah Ibu! Hahaha

Selamat malam buat semua. Terima kasih kerana membaca ceritaku untuk hari ini.

Salam sayang,
SL

Esmail aku bersangka baik yang dia pasti nya sibuk mengendalikan kerja kerja beliau, walaupun aku sungguh merindui Esmail. 




Comments

  1. Hahahahahaahhahahahahahahahahahahah meluattttt

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tapi sibuk suruh I tulihhh kannnnn ... Dasarrr!!!

      Delete
  2. Kenapa saya merasakan seperti baru sahaja meraikan sambutan hari kemerdekaan negara malaysia yang ke tiga perpuluhan puluh enam (1960) nie..kitq merdeka 3.6 ka 6 puluh 3 nie. . Saya rasa amat keliru...di mana saya sebenarnyaa... .. Dimana SL.. Yang pentinggg......










    Dimana Esmail... Kihkihkih

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahahah I know I am that good!!!! Kalau tak hampa tak suruh lah tulih 2 kali sehari kannn ..... ðŸĪŠðŸĪŠðŸĪŠ







      Jangan tanya pasai Esmail .... ini perkara normal nieee hahahah

      Delete
  3. hahahahahahah aku jua keliru... adakah aku sedang membaca kisah sastera seorang pahlawan atau kisah dongeng puteri ungu?


    'Abdul suka rumah sewa baru itu dan begitu juga dengan diri ku. Insha Allah jika tidak ada apa aral melintang, rumah itu akan menjadi rumah baru ku ... Sementara menunggu rumahku siap.' - oit sewa rumah pastu beli rumah baru? gila kaya!rumah lama jual kah??

    saya sokong ibu anda untuk mewarnakan satu tubuh.. apa kata warna biru? boleh nyanyi lagu - i'm blue da be di da be da..

    ReplyDelete
  4. Soalan banyak sungguh Aisha nieeeee .... rumah I kan juai and beli baru and akan siap may be 2022 .... so now dok sewa lahhh .... paham dak nie ....

    Smurf lah I jadi boh colour biru nahhhh 😂😂😂

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Alhamdulillah

This Is The Time!