Id dalam berapa hari dia dok teriak malam malam. Dia bangkit malam and then teruih teriak. Kot demam ka apa ka dak juga. Saya checked semua badan dia pun tak ada apa. Macam pelik lah kan. Few nights juga jadi macam tu. Last sekali dia bangkit teriak, lebih lama macam biasa. Saya bagi dia tengok Cocomelon for few minutes, dia akan diam. Lepaih tu dia teriak balik sampai lah sebab dia mengantuk teruih tidoq.
Maka di sebab kan kejadian ini lah saya decided to deactivate FB, TT and IG saya. Sebelum nie kawan saya pernah cerita pasai sakit ain/evil eye nie. Saya buat tak endah saja. Bila Id teriak malam malam tu baru saya rasa may be punca ain nie. For those yang follow saya especially kat IG, saya everyday cerita bab Id. Segala benda dia buat and pakai. Tak tahu apa orang anggap and fikir and taksub. Kadang perasan orang tu datang sekali lalu and kadang boleh tanpa ada niat juga.
Saya suka letak kat IG especially sebab memang senang nak tengok and refer balik. Kalau simpan kat phone serious banyak gila and nak cari balik satu satu masya Allah, susah walaupun kadang siap ada folders.
Bawah nie saya ambik from Google.
Penyakit ain adalah satu kategori penyakit bersifat ghaib. Ianya adalah satu pandangan manusia yang penuh dengan rasa takjub dan cemburu sehingga ia boleh memberikan kesan buruk kepada individu yang dipandang.
Tak kiralah orang yang memandang itu jahat, orang yang dengki atau orang yang soleh sekalipun, penyakit ‘ain ini boleh datang dari sesiapa sahaja.
Yang menakutkan lagi, penyakit ‘ain ini juga boleh timbul tanpa ada rasa dengki dan tidak disengajakan.
Alhamdulillah lepaih saya deactivated accounts Id dah tak teriak malam langsung dah. Di samping itu, kebetulan saya dah berhenti kerja. So elok lah lah juga ex Boss semua tak tau apa jadi kat Id dan saya juga. Nanti saya cerita pasai kerja pulak nah.
Love,
SL
Take care Id. Patut cari x jumpa
ReplyDeleteThank you Aunty! We are doing alright now Alhamdulillah!
Delete